Tuesday 7 December 2004

Apa cite?


Assalamualaikum...

Aih, patutnye kene study skang nih, masa dah makin suntuk. Arini klas aku kul 2 kang jek, sampai kul 5. Klas anatomy. Dissection lagi arini, tapi last la. Memang la, next week dah exam, lepas exam terus cuti. Tapi takpe la, update la sket.

Actually aku dah try update Ahad lepas, skali ntah apa silapnye, tetibe ilang semua yang aku taip. Huhu. Aku highlight semua sebab nak copy and paste somewhere, dalam usaha highlight tuh la ilang semua. Tensen, terus tak jadik nak update, huhu.

Well, Sabtu lepas aku gi library. Dapat la study biochem sket, tuh pon bleh terlelap. Sebbaik la sebelah aku ialah Wadi, bukan orang Irish. Kalo dak sure kene gelak dah. Pastu dia bagi tengok gambar jamuan raya aritu dia baru cuci. OK la, segar la sket lepas gelak2. Eheh. Pastu sambung. Ingat bleh stay lelama, tau2 jek kul 4 dah nak tutup dah. Ler...sempat baca 2 chapter jek.

Lepas tuh, gi ikut Wadi gi Trinity Hall. Usrah and discussion sket. Naqib ialah Mozo. Citer pasal hadis ke-2 dari hadis 40. Islam, Iman dan Ihsan. Rasanya kalo disebut pasal hadis nih, sure ramai penah dengar. Pasal Yang suatu hari, masa para sahabat sedang dengar kuliah dari Rasulullah s.a.w, tetibe datang sorang lelaki yang putih bersih pakaiannya, hitam rambutnye dan tak ternampak padanya kesan2 dari perjalanan yang jauh, duduk depan Rasulullah, bertemu lututnye dengan lutut Baginda, dan bertanya pasal Islam, Iman dan Ihsan dan juga tanda2 hari kiamat. Hadis nih jugak dikenali sebagai hadis Jibril. Sebab lelaki yang datang tuh ialah Malaikat Jibril a.s.

Naqib terangkan pasal rukun Islam, rukun Iman, Ihsan iaitu "kamu beribadat seolah2 kamu melihat Allah, kalo kamu tidak melihatnya, sesungguhnya Allah melihat kamu". Pastu diterangkan antara tanda2 kiamat yang terdapat dalam hadis tuh,"perempuan2 hamba melahirkan tuannya,dan kamu melihat orang2 miskin, tidak berbaju dan berkasut, menggembala kambing, berebut2 membina bangunan tinggi2", begitulah lebih kurang maksud hadis. Pastu ade gak maksud tersirat dalam hadis. Adab2 menuntut ilmu. Nak tunjukkan yang kalo nak menuntut ilmu tuh, perwatakan dan pakaian kene bersih. Pendek kata, bersih segala2nya, zahir dan batin.

Lepas usrah, Wadi masak begedil kentang ngan kentang goreng. Aku makan sampai kembong walaupon sebelum gerak dari rumah nak ke Hall nih aku dah makan sepinggan nasik ngan sup ayam, ahaha. Then tido umah dia jek. Esoknye bangun, then dalam kul 10 pagi gerak balik. Singgah satu kedai nih nak buat international call. Tepon Malaysia la. 10 sen seminit. Orait la. Dah lama tak tepon umah. Cakap 15 minit, so kene la bayar €1.50. Bleh la aku call umah tetiap minggu gini. Hehe. Kedai tuh pon tak jauh, dalam 10 minit jalan kaki. In-syaAllah bleh call kalo ade duit. Dah la duit JPA tak masuk lagi nih. Huhu.

Skang nih klas pon cam dah banyak takdek. Sebab dah abih syllabus untuk term nih. Yang tinggal pon biochem la. PBL dah abih semalam. Yeay, tuh maknanya esok aku takdek klas langsung. Study!!

Oqeh la, tatau nak cakap apa dah. Lenkali plak update.

Wassalam..


No comments: