Sunday 12 December 2004

Nak exam dahh


Assalamualaikum kalian, heh..

Pekaba? Aku setakat nih alhamdulillah masih sihat walafiat, moga2 aku terus dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan oleh Allah, in-syaAllah.

Ok, apsal harini sangat sejuk? Nape manjang mendung jek sejak pagi? Well, one thing yang aku perasan pasal cuaca kat sini ialah, kalo malam tak sejuk, in-syaALlah pagi esoknye akan jadik sangat sejuk and mendung. Kalo malam sejuk, kemungkinan besar esoknye tak sejuk, matahari pon menampakkan sinarnye(cewahh), takpon akan terus sejuk..huhu.

Aaanywayys...semalam alhamdulillah aku berjaya menjejakkan kakiku ke library skali lagi. Tapi agak lambat la sampai, kul 1210 gitu. Well, what can I say, I was ''delayed''. 1st delay was because sakit perut. Eheh, then 1130am, kuar rumah(sori Wadi, janji jumpa kat library kul 1130, tapi baru kuar plak, eheh). Then the 2nd delay was when I just reached Grafton Street. Suddenly there was an urge in me taht longed for hot chocolate. And there it was, Butler's Chocolate Cafe, only 20 paces away in front of me. Despite the queue, which I don't care much, aku beratur gak and managed to get myself a nice, warm(hot actually), hot chocolate with cream. Hoho. Nothing beats the hot choc in the middle of a cold afternoon. Well, takdek la sejuk sangat pon, saje jek nak beli hot choc gak, ahaha.

Then sampai library la. Study biochem, alhamdulillah managed la jugak tak tido. Dalam kul 4 gerak balik. Tetibe Wadi kata, dak2 umah dia nak buat solat hajat, baca Yasin and tahlil sket. So aku pon join la. Lepas abih semua tuh, ade makan2. Best gile. Aiseh, rugi gile aku tak bawak kamera. Dah teringat2 nak bawak masa kuar rumah tadi.

Then borak2, tengok TV, then sambung study sket. Tido Trinity Hall lagi. Tido kul 2 lebih. Bangun kul 730 pagi. Lepas solat, dapat la study biochem lagi, sejam setengah. Alhamdulillah..hehe. Sebbaik tak tido walaupon ngantuk. Dalam kul 10, gerak balik ah. Buatpe dok situ lelama. Lalu depan kedai tepon, singgah jap tepon Malaysia. Huhu..best2.

Esok dah nak exam. Walaupon dalam entries aku, cakap gaya cam banyak gile aku study, actually tak pon. Ade lagi aku nak kene study nih. Adoi..esok in-syaAllah paper MCQ Physiology kul 930 pagi. Eh?! Aku tatau katne venue exam!! Adoi..takpe ah, jap lagi tanya orang, huhu. Kul 10 setel satu paper. Then tatau nak buatpe, lepak library lagi la kot in-syaAllah. Heh, teringat plak masa A-level, dah nak dekat2 exam, rajin tol gi library.

Erm, lapa plak. Harini turn aku masak ke ar? Tak kot? Entah ah..ish, bila nak cuti niii..

Wassalam..

(signed off at 1247, 12th December 2004)

No comments: