Saturday, 20 December 2008

Tak sempat2

1) Palestinian fighter killed, two citizens wounded in IOF missile shelling

Belum sehari gencatan senjata tamat, mereka(Israel laknat) dah tak sabar2 nak bunuh orang. Jangan salahkan orang2 Palestin jika mereka(orang2 Palestin) bertindak balas dengan cara yang sewajarnya mengikut situasi dan keadaan mereka di sana.

Tapi kenapa gencatan senjata ditamatkan? Adakah Hamas yang tamatkan? Atau Israel laknat yang tak memang tak layan pon perjanjian tu?

2) IJN

Kenapa mesti tangguhkan? Tolak terus la senang cite. Risau kalau2 diswastakan, orang2 kaya je yang bleh dapat rawatan. Jangan kata pakcik nih, aku pon tak setuju.

3) Teknologi robot

Harap2 bukan ni je la penilaian kita untuk kata kita dah maju and hampir capai wawasan. Harap2 tak lupe juga pembangunan jiwa manusia.

Tuesday, 16 December 2008

Betul ke?

"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekelian alam. Tiada sekutu baginya, dan dengan itu aku diperintahkan, dan aku adalah daripada golongan orang-orang muslim(berserah diri)"
Hmm..tepat ke janji bagai dilafaz? Ke cuma kata-kata yang keluar sebelum baca Al-Fatihah dalam solat, hanya kerana dah biasa menyebutnya sejak kecil?

Astaghfirullah.

Tuesday, 11 November 2008

SPM: 2001 dan 2008

Sedang baca notes tentang Schizophrenia, sambil2 la..

Minggu ni mula la pelajar2 form 5 untuk duduk mengadap kertas exam SPM. Teringat plak masa aku amik SPM dulu..

SPM 2001: Cuak sangat masa nak exam tu. Antara perkara yang tak dapat aku lupa masa SPM dulu ialah bila seorang kawan aku yang tempat duduknya di tengah2 dewan periksa, dengan yakinnya guna solar-powered calculator untuk satu paper yang melibatkan pengiraan (tak ingat paper apa, matematik, fizik atau kimia, tapi ade kira2 la). Hasilnya? Calculator dia takmau hidup. Member dah cuak dah. Mujurla invigilator bagi pinjam calculator kawan, hehe. Alhamdulillah all went very well.

SPM 2008: Hari ni adik aku plak, along with some of our cousins yang sebaya dengan dia, duduk mengadap SPM. Moga berjaya dapat keputusan yang dikejar, straight A's in-syaAllah. Moga2 Allah mudahkan urusan kalian, dilapangkan hati dan ditenangkan minda supaya dapat jawab dengan rasional and tak gopoh, dan semestinya supaya dapat beri jawapan yang sesuai dan tepat, in-syaAllah.

Semoga dikurniakan kejayaan, in-syaAllah!

Aku plak yang cuak.

Wassalam

Sunday, 2 November 2008

Final year dan balik Malaysia

Kepada kawan2 tahun akhir yang sedang pulun study sebab sedang minggu exam..selamat study, selamat menjawab exam dan selamat berjaya. In-syaAllah mudah-mudahan Allah mudahkan segala urusan anda semua. Sikit je lagi tuh..

Kepada kawan2 bukan tahun akhir (contohnya kawan2 UCD yang bukan tahun akhir tapi examnye tak kurang pentingnya, etc2) yang juga sedang dalam musim exam, ucapan yang sama aku tujukan kepada anda.

Setakat yang aku perhatikan kawan2 tahun akhir, antara isu2 yang selalu timbul ialah sama ada nak balik berkhidmat di Malaysia selepas graduate atau kekal bekerja di sini. Banyak la pro dan kontra diberikan. Ada yang nak balik, lalu memberikan segala macam sebab. Ada yang nak stay, juga memberikan segala macam sebab, despite what their sponsor has to say. Haha..

Aku? Setakat ni aku memang takde plan langsung nak kerja sini. In-syaAllah lulus je exam tahun akhir, aku memang nak balik, tak kira la apa kata orang.

Kalo nak dikirakan faktor wang, pengalaman bekerja di tempat orang dan sebagainya, tak dinafikan memang bagus di sini. Gaji banyak, waktu dan tekanan kerja pon tak seteruk di Malaysia(ye ke? Ntah le), kalau nak sambung belajar, ambil saja exam MRCP yang diiktiraf antarabangsa(setakat yang aku tau la), tak perlu fikir pasal bayar yuran peperiksaan sebab ianya diselesaikan oleh pihak hospital. Senang kata, selesa la. Hujan emas.

Tapi kalo diambil kira faktor emosi, keluarga dan sosial misalnya, lebih baik "hujan batu di negeri sendiri". Kerja di sini, jauh daripada keluarga, nak hulurkan pertolongan pun susah, nak kenal sedara mara pon payah. Menurut satu sumber, duduk di sini, katanya, hidup berputar dan berkisar pada rutin yang sama. Pegi hospital then balik, hujung minggu mungkin keluar bersama keluarga(bagi yang dah berkeluarga, kalo belom berkeluarga..hmm, apa nak buat selain main bola atau jalan2 di bandar tanpa tujuan[dan mungkin ade la aktiviti sampingan yang lain]?). Tidak banyak hala tuju kalo keluar hujung minggu, berbanding di Malaysia.

Nak bersosial dengan bangsa lain? Jauh mana sangat boleh bergaul dengan mereka? Sebab tak sama asal dan budaya. Maka setakat berkawan di tempat kerja je la, dan mungkin la ade occasionally hanging out, tapi kerap mana la sangat. Sudahnya masing2 bergaul dengan kenalan dari asal usul yang sama juga.

Sambung belajar? Di Malaysia juga boleh buat MRCP, tapi duit sendiri la kan. Program masters tak kurang hebatnya, malah lebih tersusun sebab ada silibus dan sebagainya, walaupun mungkin takde la dikenali antarabangsa(sekali lagi, ye ke? Sure?). Tapi hubungan kekeluargaan tu mungkin elok la berbanding duduk di sini. Mak ayah nak mintak tolong, atau nak balik kampung, mungkin tak dapat balik selalu tapi boleh la jugak nak balik sebab dekat (berbanding 13 jam flight).

Again, semua orang ada sebab dan alasan sendiri. Bagi aku, buat masa ni telah tetap keputusan aku untuk balik in-syaAllah.

p/s: apa yang ditulis adalah pendapat dan pandangan peribadi aku saje. Tak perlu marah aku kalo tak sesuai dengan apa yang anda rasa.

Saturday, 18 October 2008

3 weeks later

Dah 3 minggu sejak aku balik ke sini. 3 minggu jugak la sejak aku mula klas balik. Kejap je dah 3 minggu, kang tau2 je dah abih setahun, and then masuk tahun akhir. Hoho.

Raya? 1 Syawal kat Dublin je. Mujur takde klas, takde la rasa bersalah sebab tak gi klas.

Study? Skang buat psychiatry. Setakat ni ok la. Agak menarik juga psychiatry ni. Kita jumpa pelbagai ragam manusia yang kalo kita jalan2 kat jalan di Dublin ni, kita takkan sangka pon makcik yang sedang berdiri sebelah kita di hentian bas adalah sebenarnya seorang pesakit psychiatry. Ye la, bukan la pesakit yang perlukan 24-hour surveillance macam yang kita tengok dalam tv tu, nih kira pesakit yang mild la.

Dan setakat dah buat psych ni la aku terpikir betapa besarnya nikmat kesihatan ni, be it mentally or physically. Sebab kebanyakan pesakit2 ni, bukannya bermasalah sejak kecik. Ada yang disebabkan tekanan perasaan atas sebab2 kerja, sosial, masalah dalam perhubungan sama ada dengan keluarga atau pasangan masing2 ke apa ke, selain daripada masalah biological. Jadi sebab tertekan sangat, tetiba diorang snap, atau amik dadah(atau ubat) berlebihan dos, terus jadi-ikut istilah kita-'tak betul'. Ada yang sampai ke tahap membunuh diri, atau mencederakan orang lain. Bukan sengaja, tetapi kerana jiwa dah kacau.

Jadi, syukurlah ye. It can happen to any of us. Skang mungkin kita rasa kita normal. Tapi tak mustahil satu hari nanti ia bleh je jadi kat kita. And that sometimes makes me worry. And kadang2 aku terpikir, although not seriously, adakah kita skang nih tak already berada dalam keadaan tu? Sebab ada je pesakit2 ni yang tatau pon diorang ni sakit, they think they are normal, leading a normal life, tapi sebenarnya tidak.

So sama2 doa supaya dihindar daripada sedih dan susah hati, daripada rasa lemah dan malas, daripada sikap pengecut dan bakhil, daripada belenggu hutang dan cengkaman/gangguan manusia. Semua yang disebut dalam doa tu merupakan antara ciri2 yang bleh predispose sesiapa sahaja kepada masalah psychiatry.

Wassalam

Thursday, 11 September 2008

Mental..

If you think your life is hard, and people are being harsh to you like you are not, to the very slightest, a human, then try listening to this, and then re-evaluate your thoughts all over again.

Go on..listen to it first. No, seriously.

So..amacam? Still thinks you get the harshest treatment from people around you? Well..I do agree to the fact that the "harshness" of how people treat you is very subjective and open to personal intepretation.

But come on, don't you think what that customer did was very inconsiderate, harsh, impolite(read: rude), macam bagus and whatnot? And she told that Customer Service guy that he can't speak proper English? Talk about "the pot calling the kettle black"!

Aunty(aunty ke?)! Kenapa garang sangat? Buat rilek sudey..

Ye la..yang orang CS tu pon gi cakap "that is your problem" pon satu hal jugak. Tapi pelanggan yang tepon tu lagi teruk la! And they say the CS guy got fired after the customer stormed the office and made a scene, wreaking havoc.

Fuh..whatever happen to polite Malaysian? People get angry and upset easily about almost anything nowadays, huh?

If I was the CS guy, I would definitely snapped after 5 minutes of being bombarded by an arsenal of vulgar words like that! Or, I would ask the customer to hold on, even if she doesn't want to, and switch on the harmonious "on hold" music for the customer to listen, hoping for the customer to calm down a bit(fat chance!) while I go get help. Gile apa?

While I myself is almost on the verge of going mental for having to write an essay for my aunt's assignment! Haha

p/s: Oh, I got that audio stream from Faheem's blog, who linked his blog to that dreadful recording.

Friday, 5 September 2008

Sebulan lagi

Kurang dari sebulan je untuk aku balik ke Dublin. Argh! Otak aku memberi mixed messages. Best ke tak best ke. Tak best sebab..well..mana best dok sana lama2, heh. Best sebab dah nak mula tahun 4. Maka belajar mende2 baru. Ye ke best? Ke sama je tak best? Allahu a'lam.

Tapi at least aku dapat puasa 26 hari setengah di Malaysia. Nih la 1st time aku dapat puasa Ramadhan di Malaysia setelah 4 tahun (2004-2007) aku puasa kat Dublin. 4 tahun yang mana aku dok makan Nasi Tandoori Pakcik Usop yang terkenal tuh hampir setiap hari setiap kali berbuka, akhirnya dapat juga makan lauk macam2. Tapi still tak dapat raya kat Malaysia. Takpe ah. Alhamdulillah, heheh.

Oh ye, rasanya bleh lagi kot kalo aku nak mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan kepada semua, in-syaAllah tahun nih kita tambah lagi amalan kita berbanding Ramadhan yang lepas. And rasanye bleh lagi kot aku nak ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebab menang kat Permatang Pauh aritu. So dah dapat masuk Parlimen tuh, keje la bebetol ye. Jangan sebelom dapat, janji sampai berbuih2 mulut, tapi bile dah masuk, takde pape perubahan yang baik pon untuk kami. Wokeh Datuk? And bila dah abih cite Permatang Pauh, maka yang aku sedar kat dalam paper, nampaknya berakhir juga kisah2 memalukan yang tak patutnya didedahkan kepada umum pon. Takde langsung mention pasal mende2 yang before Permatang Pauh, bergegar Malaysia dibuatnya. Abih je by-election, takde langsung paksaan untuk yang dituduh supaya teruskan bersumpah, bermubahalah dan sebagainya. Well..mungkin aku je yang tak perasan kot. Malas nak baca paper, tak larat aku. Hmm..I am not going to delve further into this matter, kang tak pasal2 je kang. I'll let you to do the thinking and speculating, heh.

Ramadhan kali nih banyak perubahannya. Dulu Selangor bawah BN, skang bawah PR. Dulu takleh bagi tazkirah between tarawih, skang dah bleh dah. Kat masjid kat rumah aku, every Isnin, Rabu and Jumaat. So hari2 tu buat 8 jek. And, certain ustaz yang dulu di'ban' daripada bagi kuliah, ceramah, tazkirah, khutbah, jadi imam etc2, dah bleh dijemput kembali untuk bagi kuliah, ceramah, tazkirah, khutbah, jadi imam etc2. Hoho, betapa bestnye Ramadhan kali nih. Banyak pengisian2 bermanfaat kalo nak banding tahun2 lepas. Walaupon bilangan saf masih sama macam dulu setiap kali abih rakaat ke 8, tapi tak kesah aa tuh kan. Kenapa la dulu tak buat camni? Tak suka dengar kuliah ke?

And, ke Pasar Ramadhan untuk kali pertama juga. Memang betul la, kalo gi Pasar Ramadhan, kalo takleh kawal nafsu yang tengah lapar, memang rasa nak beli je semua yang ada jual tuh. Macam2 ade jual.

Hoho, ok ok. Cukup2 la cerita pasal Ramadhan di Malaysia, kang ada plak airmata-airmata yang mengalir. Of course bukan aku, heheh.

On another note, cuti musim panas kali nih memang aku cuti bebetol. No elective, no nothing. Haih, camne la nak masuk skola balik nih, sure dah berkarat skill2 klinikal aku. Hopefully tak hilang terus.

Sedikit excerpt daripada khutbah Jumaat oleh Ustaz Badrul Amin tadi. "Solat adalah tiang agama, dan puasa itu adalah dindingnya". Ikut kata dia tadi, 5-10% je orang yang boleh berpuasa kat Malaysia nih yang menunaikan solat 5 waktu. Yang lain yang lagi 90-95% tuh, tak solat ke? Then camne dinding nak tegak kalo tiang pon takde, tak kukuh, tak sempurna dan sebagainya?

"Sesungguhnya pahala puasa terpulang kepada-Ku dan Akulah yang membalasnya"-Hadith Qudsi.

Ade yang puasa sebab nak kuruskan badan, ade yang sebab nak beribadah dan macam2 niat lagi. Bukanlah nak be judgemental, cuma, kalo ade yang tak niat untuk tambah amal baik, start la niat skang ye. Dan disusuli dengan perbuatan yang sesuai. Riso takde nilai plak puasa kali ni. Nasihat untuk diri sendiri terutamanya. Dan ibadah fardhu yang lain jangan la tinggal. Kang tak lengkap plak Rukun Islam kan.

Wokeh, dah la tuh. Until next time. Moga kita sama2 bleh tambah amal ibadat di bulan Ramadhan kali nih in-syaAllah.

Wassalam

p/s: Bape banyak tulisan italic daa. Menunjukkan betapa rojaknya bahasa aku, tuh blom kira Bahasa Malaysia komunikasi tahap orang awam lagi tuh, heheh :P

pp/s: Ralat: Dalam entry yang lepas, teksi guna NGV, bukan LPG, harap maklum, heh.

Wednesday, 16 July 2008

Sebulan kemudian

Bukan taknak update...cuma banyak sangat mende nak tulis sampai tak tertulis semua skali, last2 malas nak tulis, heh.

1) Debat

Menonton debat antara DSAI ngan Menteri Penerangan Malaysia semalam, can't help but to think that the debate was kinda one-sided, so to speak. Kenapa? Sebab yang aku dapat nampak ialah hanya DSAI je yang bleh deliver all the facts needed to answer all the questions asked. While the other party, just going on beating around the bush, and then suddenly, serang orang tu punye personal stuffs ngan history. Langsung tak membantu menjawab soalan ke apa ke. Please la, takkan skali lagi kita dapat Information Minister yang tak cukup info? Huhu.

2) Takziah

Takziah kepada Abang Amin sekeluarga di Luton atas pemergian anaknya ke Rahmatullah semalam. Aku masih tak dapat berita penuh. Moga2 Abang Amin sekeluarga sabar dan tabah..

3) Kenduri

Ha..don't jump into conclusions just yet. Bukan kenduri aku. Cuma nak kata aku rasa cam tahun ni paling banyak aku dapat kad jemputan kawen of my friends. Bleh kata almost every weekend ade je la kendurinye. Hoho..tahniah la kat korang ye. Moga bahagia sampai bila2 in-syaAllah.

So, takat tu je la dulu. Tak banyak pon yang terlintas waktu ni.

Wassalam

Saturday, 14 June 2008

24 jam kemudian

Alhamdulillah selamat sampai di KLIA pada 8.40 pagi hari Jumaat 13 Jun 2008. Kali ni aku kene balik rumah sendiri all the way from the airport. That means aku kene naik ERL ke KL Sentral then naik komuter ke Kepong and then amik teksi ke rumah. I'm ok with it though. Janji sampai rumah sudeyy.

1)Di Stesen Komuter Kepong, di dalam teksi


"Harga minyak naik ni, tambang tak naik ka uncle?"

"Takda, manada naik, teksi pakai gas. Kalau harga gas naik, baru la tambang naik," jawab unclde driver teksi tu.

2 minit lepas tu..uncle teksi tu cerita kat aku yang tambang akan naik sket kalo jalan 'jam'. And dia cerita kat aku ade sesetengah penumpang akan komplen."Ni macam mana ni? Biasa saya naik kene bayar RM5 saje, kenapa hari ni RM7?" tanya seorang penumpang yang pernah naik teksi uncle tu setelah menempuh 'traffic jam' yang agak teruk. Uncle tu terangkan kat aku, dah teksi pakai meter, so kene ikut meter la. Aku kepelikan, bukan ke meter biase ikut bape jauh teksi tu jalan, bukannye ikut bape lama meter tuh jalan? Tapi aku senyap je la. Kang tak pasal2 aku kene turun, heh.

Bila aku tanya ayah aku, dia kata teksi guna LPG(liquid petroleum gas...kot?). Haha, setelah beberapa lama guna teksi, aku baru tau. Ketinggalan betol.

2) Kul 11 pagi, kat kedai makan


Aku baru tiba di rumah. Ayah aku ajak makan kat restoran mamak terkenal kat Taman Ehsan ni. Turut serta ialah sorang pakcik aku ngan kawan dia yang merupakan kontraktor yang 'renovate' rumah aku pada musim panas lepas, yang mana skang nih dah jadi member baik ayah aku plak, heh.

"Uncle, harga minyak naik ni, barang tak naik ka?"

"Haiyo, mana boleh tak naik, itu batu bata saja dah naik separuh harga. Dulu RM38 seketul, sekarang jadi RM50+ woo!" jawab uncle tu sambil rokok Dunhill terus dihisapnya.

Then, uncle tu kene gerak sebab ade kerja. Aku dok ngan ayah dan pakcik aku sebelum disapa plak oleh kawan pakcik aku yang lain, yang turut join kitorang minum teh tarik tengah hari tu.

Antara topik yang dibincang ialah pasal minyak, rebate dan jugak pasal demonstrasi harga minyak di Kampung Baru yang akan diadakan selepas Solat Jumaat.

"Buat apa nak buat demo, buat sakit badan aje. Silap2 kite plak masuk dalam, pastu bukannya boleh terus turun harga minyak pon," kata pakcik aku dan kawan dia. Aku agak terkedu juge mendengar pernyataan tu, tapi aku tak berani kata apa, satunye sebab aku sorang je muda kat situ, satu lagi, aku nak terus dengar apa diorang nak kata sebab diorang yang lebih tau, kerana diorang yang berada dalam keadaan tu lebih daripada aku yang baru balik dari luar.

Tapi tu la..bila balik nih, aku tersedar, ada sesetengah orang yang rasa tak berkesan pon usaha2 untuk memberitahu kerajaan yang harga minyak nih tinggi sangat. Aku sebenarnya semacam tak setuju, sebab apa yang penting, usaha kena ada. Kalo yang dok diam tuh yang asyik dok kene je tu, cuba bising sket, voice out, maka in-syaAllah , kalo pon tak banyak, at least ade sedikit perubahan yang pasti akan dilakukan. So jangan dicaci mereka2 yang sedang berusaha memperbaiki hidup, sebab Allah tak tengok keputusan, Allah mau tengok usaha. Result tu biar Allah yang handle. At least, kalo kita taknak join pon, doakan dari jauh atau diam saje sudah.

Plus, aku tengok, tak berkurang pon kereta kat jalan2 setakat yang aku tengok di Kepong ni. Siap bleh 'jam' lagi. Entah2, apa yang aku cakap dalam entry lepas akan jadi betul tak? Lama kelamaan orang akan jadi tak kesah pon dengan kenaikan ni, ye la, bising2 pon, kereta nak kene guna juga, so nak taknak kene la bayar juge.

"Kalo tak boleh nak isi separuh tank, isi la suku tank, ye tak?"

Dalam hati aku, "Amboi senangnye cakap. Awak hidup senang boleh la"

Tapi boleh ke kita nak cakap gitu, when those that say things like that are our own kin? So apa nak bleh buat, senyap je la and doa dalam hati. Huhu.

3) Di kedai gunting rambut


"Boss, minyak naik ni, bisnes tak kacau ka?"

"Ooo, tadak. Bisnes ok saja," jawab penggunting rambut itu sambil sengih kat aku.

Ramah plak barber kali ni. Sepanjang2 aku gunting rambut kat situ sejak kecik, baru skali nih barber kedai tuh borak ngan aku. Barber tu seorang berketurunan India. Baru setahun datang dari Chennai(nama baru bagi Madras). Tapi fasihnya berbahasa Malaysia macam dah dok lama kat Malaysia. Mungkin sebab dia keje berjumpa dengan orang selalu, so cepat la dia blaja. Cuma membaca bahasa Malaysia tu baru bleh sket2 la, katanya. Menarik.

************************
So, itu la cerita aku setakat aku baru sampai ke Malaysia ni. Macam-macam. Tu baru 2 hari. Apa lagi perkara2 menarik aku akan 'encounter' agaknya sepanjang 3 bulan aku cuti nih. Fuh, menarik2. Malaysia and its citizens never cease to amaze me, hehe.

And aku rasa, bagus juge harga minyak naik ni. Whoa, rilek2, don't get me wrong. Aku cakap gitu sebab, aku bleh guna topik harga minyak tu sebagai 'ice-breaker'. It can be used to spark a conversation with a stranger. Then, the rest will go smoothly and akan come out easily la, heh.

So, looking forward for an enjoyable and full of things to do during this 3-month break.

Kepada member2 yang tak balik, selamat menikmati hidup kat negara orang. Tatau la apa korang bleh buat dok cuti lama kat tempat orang tu ye? Tough luck mate, hehe :P

Wassalam

Saturday, 7 June 2008

Waduh, waduh!

1) Home news
Dua tiga hari ni kita dikejutkan dengan satu lagi isu negara yang datang secara tiba-tiba. Semua terkejut bagaikan baru menerima 'rude awakening'. Apa lagi kalo bukan isu harga minyak yang naik dan pengumumannye yang dilakukan secara tiba-tiba setelah diyakinkan bahawa tiada kenaikan akan berlaku tahun ini, then diyakinkan pula akan berlaku kenaikan pada Ogos ini. Out of the blue, without even the slightest sound of the alarm siren, bam! In your face y'all! Marilah sama2 berjimat cermat, mengubah gaya hidup dan janganlah kita (read: kamu semua) turun ke jalan. Haih, what do you expect?

Anyway, aku taknak komen apa2 pasal isu ni, sebab dah banyak blog dan media yang dah komen dengan berbagai2 idea, either sokong atau tak sokong.

Damage has been done, mungkin kita kene fikirkan pula bagaimana nak deal ngan situasi sekarang ni?

For starters, pada pendapat aku, kalo nak mula berjimat cermat atau ubah gaya hidup, bukannya bermula dari bawah ke atas, tapi dari atas ke bawah. Pemimpin kene dulu berjimat cermat, menjalani kehidupan seperti rakyat pimpinannya, merasai sendiri apa yang kita rasa i.e sila bawak kereta Proton Savvy, atau Perodua MyVi, tidak menuntut kepada kerajaan atas belanja perjalanan atas kepentingan peribadi dan sebagainya, to name a few examples. Sebab telah lama disebutkan kepada kita, aku tak berapa pasti sama ada Nabi yang kita sayangi, Rasulullah s.a.w yang menyebutkannya atau ulama', tapi yang pastinya maksud sebutannya lebih kurang "Rakyat itu mengikut Ad-Din pemimpinnya". Boleh diertikan Ad-Din sebagai agama, dan boleh juga diertikan sebagai cara hidup. "Rakyat akan mengikut cara hidup pemimpinnya". Kalo pemimpin suka kepada hiburan melampau, rasuah, pecah amanah, mencuri duit orang lain, tidur sewaktu kerja dan sebagainya, apa yang pemimpin harap rakyatnya lakukan? Kerja keras dan jangan ikut perangai dia?

Ya, secara khususnya memang, no one in their right mind will follow such disgusting attitudes. Tapi, secara tak sedarnya, sebenarnya kita juga ade dan mungkin sedang melakukan perkara yang sama. "Nak tau elok atau tidak seekor ikan, tengoklah pada kepalanya. Busuk kepalanya, rosak la seluruh daging dan isinya". Or so the old saying goes..

Kita lihat apa yang akan berlaku selepas ini. Apa benar kerajaan nak menyalurkan duit yang dapat dijimat hasil mengurangkan subsidi itu kepada perkara2 yang lebih baik, untuk kepentingan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah, untuk menampung subsidi makanan misalnya, atau akan ada pula projek "pembangunan" (read: membangunkan bangunan yang tak semua dapat guna atau tak semua akan guna) yang menggunakan wang dari semua lapisan rakyat yang akan dijalankan. Kita tunggu..

Dan hari ini PM menyarankan kita untuk ambil tahu berkenaan cerita sebenar di sebalik kenaikan harga minyak dunia. Yes sir, we really do want to know the real thing, we have been asking for it for as long as time can tell, why don't you start by filling us in about where has all the PETRONAS profits gone to? And I mean, real informations, not some juicy stories fabricated to ease the pain of those really affected.

Sambil membaca mengenai isu ni, terpikir juga bagaimana orang2 miskin nak hadapi mende ni. Kesian memikirkannya. Tapi kesian saja memang tak cukup nak memahami susahnya diorang ni because I am not in their shoes, I am not even in the same shoe shop as they have been where they have gotten that shoes in which they are currently in.

Selepas timbul soalan,"Kenapa sekarang? Kenapa tinggi sangat naiknya?" dan sebagainya, timbul pula soalan lain dalam kepala ni,"Why the rush?". Kenapa tergesa-gesa dan tiba-tiba mengumumkan harga minyak naik tanpa bagi amaran terlebih dahulu untuk kita bersedia? Ada apa2 yang berlaku yang kita patut tau tapi tak diberitahu? Atau apa?

Then soalan lain pula,"Berapa lama rintihan rakyat ni akan berlangsung? Setahun? Atau dalam masa sebulan saje rakyat tak bape nak cakap lagi isu ni. Ye la, bising2 pon, semua orang nak kene guna kereta untuk ke mana2 dan buat apa saje. Maka nak atau taknak, suka atau tak, marah atau tak, minyak perlu diisi, dan harga yang baru itu juge la yang perlu dibayar. So camne?". Ntoh le..

2) "Second home" news
Isu kedua. Timbul isu tudung kepala (read: hijab) di Ireland. Boleh baca melalui link.

Sangat sedih, terkejut dan sangat mengecewakan apabila kenyataan itu keluar daripada mulut seorang yang prominen di mata rakyat. Dalam pada kita mengangkat mereka sebagai rakyat negara kelas pertama dengan segala infrastruktur dan minda kelas dunia pertama, tiba2 dikeluarkan pula kenyataan separuh tiang seperti ini. Ya, itu cuma kenyataan 2 orang ahli politik dan seorang pengetua sekolah. Tapi lihat saje pada komen2 di bawahnya. Memandangkan ahli politik juga adalah sebahagian daripada rakyat, maka pandangannya juga tidak salah aku katakan, ada rakyat biasa yang berpandangan seperti itu, kalo pon tak semua rakyat. Maka itu bermakna masih ada rakyat yang dikatakan berminda kelas pertama yang berfikiran seperti zaman KKK di US dahulu. Cuma mungkin pendekatannya lebih halus dan tidak seganas itu. Dah la mereka bukan orang Islam pon, tiba2 pandai2 nak menerangkan mengenai peraturan yang ada dalam agama kita.

Kasihan pada kita umat Islam yang telah disalahertikan oleh media2 yang tak faham. Kasihan juga kepada rakyat bukan Islam yang tak paham Islam, dan nak paham Islam, tapi pemahaman mereka diperoleh daripada media2 yang tak paham Islam.

Namun masih ramai yang bersimpati dan tidak setuju dengan kenyataan separuh tiang dan sombong ahli2 politik dan pengetua sekolah itu. Diorang nih lupa agaknya, kalo takde la orang2 Pakistan dan lain2 orang luar, orang Islam antaranya, ekonomi diorang nak jadi camne agaknya? Doktor2 yang power2 ramainya ialah doktor Pakistan di sini. Nak harapkan orang diorang yang saban hari ke pub, elok lagi orang2 Pakistan yang bukak kedai makan, kedai grocery dan sebagainya. Diorang gak yang bleh pegi nak makan atau beli bahan masak yang tak boleh didapati di Dunnes Store atau Tesco misalnya. Ntah le..

3) Outside news
Isu ketiga. The world is yet to have another pro-Israel leader. Baca sini.

So balik2, dia ke Bush ke, sama saje. Takde bezanya langsung. Cuma kulitnya gelap sedikit. Oh, and mind you, he is not a muslim. So, jangan ade plak yang mengaitkan pendirian dia sebagai pendirian seorang muslim, andaikata ada yang masih ingat dia nih seorang muslim la, which I doubt there is any.

Ok dah. Dah lama tak menulis, skali tulis panjang la plak. Ampun. In-syaAllah akan mula menulis setakat mana yang larat lepas ni.

Wallahu a'lam

Wassalam

Saturday, 19 April 2008

A very good reminder, for we always forget

Assalamualaikum..

One of my friend forwarded this link to me via YM just now. Usually, when someone forwarded a link to me via YM, I won't be bothered to click on the link. Due to unforeseen circumstances(read: bored beyond belief), I clicked it anyway. And I think it's a very good link.

Link yang aku sebut tuh ialah video berbahasa arab daripada YouTube, yang mana dilakonkan sebahagian daripada banyak peristiwa dalam kehidupan kite sehari2 yang tanpa kita sedari, kita banyak terpengaruh dengan pujuk rayu syaitan, yang kita semua sebulat suara tanpa ragu2 mengatakan adalah musuh kita. Adakah kita ambil syaitan selayaknya sebagai musuh, atau cuma kata2 kita sahaja, sebaliknya, sebahagian tindakan kita seolah2 dipandu oleh pujukan musuh2 kita tu, if not all. Na'udzubillah.

A very2 good reminder, for we always tend, either deliberately or not, to forget.

Hard to deny, the 'satanic' make-up is quite scary. Well, kalau kita nampak syaitan di sekeliling kita, and sedar serta tau apa yang diorg buat (i.e pujuk rayu etc2), clearly we won't 'obey' them. And the world will be a peaceful place to live in. Plus, hikmahnya kita tak nampak mereka2 ni, dan perkara2 ghaib yang lain, untuk uji manusia. Akan beriman atau tidak.

Without further ado, here's the link. This is the first of 10 series, each is about 2 minutes.



Oh ye, Selamat Hari Lahir untuk adikku. Kejap betol masa berlalu, dah dewasa dah. Moga amal kebaikan makin bertambah selaras dengan bertambahnya usia in-syaALlah. Tak perlu la aku nyatakan berapa umurnya, kot? Heh.

Ok..tuh je dulu buat masa ni.

Wassalam

Thursday, 17 April 2008

Of 218's blog and My Mini City

Assalamualaikum..

It's been a while. Hampir sebulan. Well, nak buat camne, dah takde mende sangat nak tulis. Maybe sebab makin kurang membaca, atau kurangnya bahan2 menarik untuk dibaca. Mungkin juga sebab selalu dok dalam rumah, kalo keluar pon tak memerhati keadaan sekeliling like I used to do. Therefore, kurang la bahan untuk ditulis.

Anyway, ahli-ahli rumah aku dah buat blog plak dah. Which is, bagus la tu. Ade le jugak tempat diorang nak bercerita, or at least kalo2 kitorang nak buat open house ke, nak buat announcement ke, senang sket kan. Instead of bagitau dak Dublin sahaja, we can tell the whole cyberworld. Yeah, that's the spirit! :P (and tetibe teringat something. I was once told that blogging is only for 'pondan'. And then suddenly..heh, you get my drift, whoever you are.). Click here for the link, or you can click at the link on this blog sidebar.

And I had just been introduced to MyMiniCity. What is that, you ask? Well, kinda like SimCity, but its online, and your city builds by itself so no worries of the hassle of building a city. Cumanya, bandar akan berkembang kalo ada orang visit your city, that means, visit your page. Since I just started, so baru ade sebuah rumah je la kat tengah2 padang tu. Let's see how it will turn out.

And that is all about it. Exam is in a month time and I am still lagging behind schedule. Kene study but the momentum is continuously decreasing and depleting.

Wassalam

Thursday, 13 March 2008

Penat

The last couple of days have seen me feeling so tired, lethargic and seolah2 takde tenaga langsung. Tatau apa punca. Kurang minum air kot. Atau kurang bersenam? Sejuk la..tak daya aku nak jogging kat luar tu.

Anyway..

Apa la halnye pakatan Barisan Alternatif/Barisan Rakyat dok gaduh lagi ni. Bila nak tubuh kerajaan kalo gini? Come on laa, rakyat dah bagi undi, kalian dah menang sebab kepercayaan rakyat kepada kalian, dengan harapan takde la kalian nak gaduh sebab berbeza ideologi politik, dengan harapan kalian meletakkan kepentingan yang lebih utama untuk masa sekarang: menyusun sistem kerajaan negeri, membaiki mana2 yang 'rosak' atau 'compang camping' prior to your victory etc2..you know, things that you are suppose to do, instead of fighting over unnecessary things. Aku tatau apa yang kalian patut buat, therefore I am not going to tell you your job, but please, don't spoil the trust the rakyat has given to you. Kami dah tak larat lagi nak berdepan dengan masalah2 'personal' parti kalian. Kami nak keamanan je skang nih.

Jangan ingat kalian menang sebab kalian hebat dan rakyat sokong kalian. Kalian menang sebab rakyat taknak kerajaan memerintah sekarang nih ade kuasa yang melampau2. The people are watching you guys, so you better behave. Jangan sampai ade yang timbul dalam fikiran,"Kalo gini baik undi BN je" because that will be your loss.

Huh..taknak cakap pasal politik banyak2. Politic is not my thing and is not really my cup of tea. I am just spilling out my 2 cents, dah alang2 demam PRU tak kebah lagi ni kan..

"Aih, duit 2 sen pon bleh buat bayar bil tau," kata orang tua2.

Monday, 10 March 2008

Selepas setahun

Assalamualaikum

Hehe, akhirnya, dah lebih setahun since my last entry. Tercapai jugak cita-cita untuk tak update selama setahun. Nope, aku bukan berkabung, cuma adelah beberapa event di dalam hidup yang menyebabkan terbantutnye usaha-usaha menulis, ditambah dengan takde idea and semakin tatau menyusun ayat.

And what a time to add a new entry..

Hampir semua rakyat Malaysia dikejut dan terkejut dengan result PRU 12 yang lepas. Sape sangka, Barisan Alternatif (atau Barisan Rakyat) berjaya menawan 4 negeri baru dan mengekalkan 1 negeri iaitu Kelantan, Perak, Kedah, Pulau Pinang and Selangor. Yang paling tak sangke ialah Perak dan Selangor tu. Target negeri lain, negeri lain yang dapat. Plus, BN has been denied the 2/3 majority in Parliament.

And baru je 2 hari BA mendapat mandat perintah 5 negeri, dah mula bisik2 orang ramai yang meluahkan rasa tak yakin, risau mungkin, dan mula bertanya adekah pimpinan BA nih bleh kotakan janji2 diorang masa berkempen selama 2 minggu sebelum ni. Dah mula ade suara2 yang risau ade kaum tertentu yang akan mengambil kesempatan untuk menimbulkan huru hara, atau paling tidak, mengambil peluang untuk aniaya kaum lain.

Apa nih? Lek ar bang, baru 2 hari, dah tanye macam2, bagi la peluang diorang bernapas dulu. Demam PRU pon tak kebah lagi, dah kene serang bertubi2. Yang menyerang and tanye macam2 tuh pon bukannye ade pengalaman memerintah pon. Jangan kata perintah negeri, jadi ketua kampong pon belom tentu layak, nih nak sound2 orang yang memang dah yakin bleh memerintah negara. Ade tuh, degree pon blom tentu dapat, pandai2 keluar ayat2 yang kata pemimpin BA takkan dapat memerintah dengan baik etc2. Pergh!

And timbul plak isu2 perkauman plak. Takleh ah gini. Jangan buat andaian sendiri. Mende tak jadi pon lagi, takyah la bagi prasangka negatif. Serahkan pada pimpinan BA untuk fikirkan perkara tu, aku yakin, dengan pengalaman diorang, pastinya diorg dah terpikir pon pasal mende2 tuh and akan berbincang pasal tuh. Pandai aa diorg buat keje diorg, kite takyah nak komen lelebih la kalo kite nih tatau pape pon. Bila diorg yakin untuk bertanding, maknanya diorg yakin diorg bleh deliver and bleh memerintah, bile diorg yakin bleh memerintah, maknanya diorg tak la bodoh sampai takleh nak pikir langsung. Pandai sangat ke kite nih, sampaikan yang takde degree pon nak ngate macam2? Yang jadi calon dah la Ustaz, engineer, CEO, cikgu dan sebagainya. Kita sape? Kita tolong takat mampu la. Kalo nanti tetibe diorg jadi corrupt ke ape, kite sound la cara yang betul. Ape la...tak nyempat2. Kita try tengok dulu 5 tahun nih camne la..

Dah, tak berani aku nak tulis lagi. Sure ade yang bengang jap gi.

Aku gi ngundi tak? Tak ngundi. "Dah tu, ko tak ngundi, banyak bunyik buatpe?" sure ade kata gitu. Aku tak ngundi sebab takleh ngundi atas sebab2 teknikal, bukannye aku taknak ngundi. Takpe, tunggu 2013, in-syaAllah aku pasti akan keluar mengundi.

Anyway, nih cuma pandangan je. Sekadar memulakan bicara untuk entry kali ni, setelah setahun senyap sunyi, wahaha.

Tepon rumah semalam, mak kata takde kecoh kat area rumah aku. Tepon kakak yang jadi petugas SPR, takde kecoh juga. Cume ade la beberapa perkara yang dia rasa cam klaka ade, bengang pon ade. Biase la tuh kan. Ramai manusia, banyak la ceritanye.

Mari kita sama-sama tolong kerajaan selepas PRU ni, tolong takat mana mampu, jangan tau komen aje tapi tak tolong pape.

Wassalam.