Sakit peruttt..
Assalamualaikum ..haa..semalam aku dah update, tetibe harini aku rasa nak update lagi. Tapi rasanya kali nih takdek la tazkirah ke apa ke. Biasa2 je la kot..semalam klas start kul 11 pagi, pastu kan aku kata Raja Muda nak datang kan? Hah, memang dia bebetul datang pon. Kitorang semua kene lunch kat Dewan Besor. Kitorang semua diberitau kene ade kat sana kul 1315 sharp, not a minute less, not minute more either. Tapi last2, majlis start kul bape? Pukul 1415. Sejam lepas tuh, bayangkan la kitorang kene tunggu Baginda Tuanku(ecewah) selama sejam. Dengan memasing perut dah lapar, dah berdondang sayang, sebbaik perut tak kuar lagu dangdut jek, huhu~.
So as a starter, diorang jamu ngan sup daging yang memang la teramat mahsyuknyeee..terasa lemak2 daging tuh dissolve dalam sup tuh, perghhh!!! Ditambah pula dengan penyeri meja yang mulutnya tak pernah lekang ngan kata2(Sapa lagi, haha, yang tatau tuh, buat2 tau je dahla ye? hehe), memang berselera la aku makan semalam. Tapi lama gak la nak tunggu main dish to be served. Dah la meja aku plak yang seakan diabaikan, haha, tapi tak kesah la, janji dapat makan best. Lauk pauk yang dihidangkan, perghh, time aku tulis entry nih pon, bila teringat balik, memang jadik lapa la(heh, padahal memang tetiap malam aku lapa, haha). Rendang daging, ayam masak kurma, ikan apa ntah, ngan gulai terung(gulai ke? ntah, aku tak makan pon, haha), acar buah, ulam, sambal belacan, perghhh...nasik lagi yang amat sedap. Memang aku makan bertambah laa. Berselera tul aku semalam. Kemudian masa tengah makan tuh majlis diteruskan ngan penyampaian cenderahati from Uni of Cambridge, oleh Raja Muda kepada Cambridge applicants yang berjaya dapat offer gi sana, tahniah la korang semua!! KOrang memang rock laaa!!!
Dah abih makanan utama, diorang jamu dessert plak, apa ntah ,jelatah? Aku tak pernah dengar pon, tapi lebih kurang cam diperbuat daripada sagu la, then kuahnya plak ade tambah gula melaka. Memang my type of dessert laa..hoho! Kirenye alhamdulillah aku rasa tak rugi la tunggu lelama sebab makan best. Disebabkan kekenyangan, lepas solat Zohor, aku terus pulang ke chalet dan tertido(escape klas stats, huhu). Bangun dalam kul 1700+, adoih laa..bergegas aku bangun, nak solat Asar la. Then, aktiviti biasa di waktu petang. Aktiviti apa? Takdek aktiviti apa pon, ngadap komp jek, mandom tul aku nih. HAha, lantak la, bukannya aku kaco orang pon, heh.
Sampai masa dinner, aku still rasa kenyang, tapi takdek la kenyang sangat, kire bleh la makan dinner, kang tak makan kang, aku gak bising lapa. Tapi memang plek la aku kebelakangan nih. Dinner kul 1915, then dalam kul 2040 ke atas, dah start rasa lapa balik, kire primary response of lapar la. Masuk kul 2130 ke atas, memang lapa sungguh. Memang kene cari sumber makanan, tapi aku takdek makanan simpanan dalam almari, so terpaksa la menahan saje kelaparan. Nak gi cafe, malas la plak, abih kalori aku, haha! Then cam biasa, ade klas Islamic Studies malam semalam. Buat kat RC sebab LT kunci la plak. Tengok group presentation. Group aku lambat lagi, probably lepas cuti kot, heheh. Lepas klas tuh, aktiviti biasa, study kat bilik. Tapi sebelum tuh aku dah sambar satu bar coklat Almond Snickers from Dotco(ko-op if I may call it that way). Tertido dalam kul bape ntah, 12 lebih kot.
Tiba-tiba...satu perkara tak terduga terjadi. Aku terjaga dalam kul 520 pagi, perut aku yang baik nih tetibe memulas, bagaikan ade pertarungan antara 2 orang wira plak lagaknya(heh, exegerrating la plak). Bingkas aku bangun gi toilet, huhu. Apa plak jadik nih, tetibe jek. Alaa..korang paham la apa jadik kalo dah berlari masuk toilet, nak buat apa lagi. Selesai, aku gi surau, solat Subuh. Skali jadik lagik. Huhu, tak sanggup untuk aku ceritakan secara detail sebab aku tau korang pon tak sanggup nak membacanya, hahaha! :P
So diringkaskan di sini, memang bape kali aku kuar masuk toilet. Sampaikan disebabkan letih ke apa aku tatau, lepas breakfast, aku ingat nak study chem, tertido la plak. Ingat nak tido kejap jek, skali tetibe kawan aku call. "Assalamualaikum." jawabku dengan tenang. "Waalaikumussalam, ko katne nih?" kawan aku tanya. Aku plek la, apsal plak tanya gitu. Aku lantas tengok jam. Ya Allah!! Dah kul 1010 pagi, aku tak mandi lagi, kul 1000 ade klas bio!!! HUhuh..mampos aku. Dah la cikgu bio aku memang pantang kalo orang tak datang klas unless kalo ade sebab yang bleh diterima. Last2 aku cakap kat dia kalo cikgu tanya, cakap aku sakit kepala. Walaupon aku tau cikgu tuh takkan caya, lantak la. Kirenye satu pagi nih memang aku tak gi klas langsung la.
Subuh tadik, for the first time in my 2-years life in KYUEM(formerly known as KMYS, heh), aku bagi tazkirah lepas solat, huhu~. Aku baca 2 citer from buku Fadah'il a'mal, tapi di bawah bab yang sama; Ketelitian Rasulullah s.a.w dan para sahabat dalam melakukan sesuatu. Citer bagaimana Rasulullah s.a.w tak dapat nak tido pada suatu malam hanya disebabkan siangnya tuh Baginda termakan sebiji tamar di masjid, yang mana, tamar tuh mungkin kepunyaan Baginda sendrik ataupon dihadiahkan oleh sahabat untuk dinikmati oleh orang2 yang datang ke masjid. Still, sebab Baginda tatau empunya buah tuh, Baginda jadik resah.
Then aku gak bacakan pasal sorang nih suatu hari tuh bawak susu unta dan diberikan kepada Saidina Umar al-Khattab. Lepas beliau minum susu tuh, beliau tanya dari mana asalnya. Then orang tuh jawab, ade beberapa ekor unta yang disedekahkan, dilepaskan di padang ragut. Kemudian penjaga2 unta tersebut bagi sket susu kat orang tuh so orang tuh pon bagi la kat Saidina Umar. Mendengar yang demikian, terus beliau masukkan jari dalam mulut dan muntahkan kembali susu tuh. Nak tunjuk apa kat sini? Nak tunjuk bagaimana telitinya beliau. Unta2 tuh adelah harta yang disedekahkan, kire cam jadik hak semua orang. Lebih kurang cam dah jadik wakaf la. Apa orang akan kata kalo diorang tau, Amirul Mukminin minum susu tuh, tanpa bagitau diorang, then minum untuk keperluan sendrik? Sure la orang akan pandang rendah pada dia dan seterusnya mungkin bleh burukkan nama Islam tuh sendrik, kan? Kalo kite plak camne? Ade tak rasa gitu? Ke main amik jek harta orang tanpa pengetahuan orang tuh sendrik? Takyah cari jauh2 la, contoh terdekat ialah aku sendrik. Aku dah cite dalam previous blog so malas nak citer dah. Tapi masa aku bagi tazkirah nih, aku tak teringat langsung pasal peristiwa tuh. Sampaila lepas tuh kawan aku ingatkan, heh. Kalo aku teringat time tuh dah tentu aku akan citerkannya. HAha..heh, skali ade jugak tazkirah sket.
Lunch tadik, ade house lunch plak. Celebrate besday sapa ntah. Orait gak, dah lama takdek house lunch nih. Tapi actually planning awal taknak gi lunch pon. Tapi sebab memandangkan ade geng nak gi Dewan Makan, so aku join la. Daripada situ la aku dapat tau bahawa bukan aku sorang jek yang kene sakit perut tuh. Ade ramai lagi yang kene rupenye. Then, aku sampai just in time for the house lunch. Ade makan kek. Abih semua, aktiviti macam biasa, gi klas lepas Zohor. Alhamdulillah skang nih perut dah kembali normal walaupon kadang tuh ade gak terasa perut nih nak rebel menentang aku. Huhu. Aku pon tatau la apa penyebab sakit perut nih. Most probably the rendang daging la, sebab selalu kali ade kenduri, balik dari kenduri sure dengar citer orang sakit perut and kebetulan kenduri tuh jamu rendang daging. Wallahu a'lam..wassalam.