Sunday 7 March 2004

Harini dan aku...


Assalamualaikum...pekaba korang semua? Aku datang lagi ngan entry blog yang merapu and takdek apa yang dicakapkan. Well, disamping ketandusan idea, aku juga sedang menyebokkan diri yang tak sibuk nih ngan study untuk trial exam nih la kononnya..heh, weii, aku study laa..cuma tak la gigih mana pon. Selain itu aku juga lebih menumpukan kepada nak 'alter' paparan blog nih supaya nampak lebih menarik di mata aku...adoih, aku dah la tak reti komputer and codes semua nih...takpe la..buat mana mampu la...so tuh la pasal aku tak update blog nih.

Erm, kuat sungguh angin bertiup pada hari ini. Terasa cam dok kat tepi laut la plak. Serius weh, Lembah Beringin nih sepanjang aku dok sini la, tak pernah lagi la angin kuat gini. Sejak subuh tadik. Memula ingatkan nak hujan pagi nih, skali elok jek matahari memancarkan sinarnya yang terang itu. Terasa nak melayang jek diri aku yang kurus ini, hahaha~. Langit juga kelihatan cerah menampakkan kaler birunye yang menenangkan jiwa yang tengah resah(ecewahhhh!!). Eh..jap jap...haaa...ye ye..ingat2..pernah tahun lepas angin kuat gini, sebab aku teringat Azila kata dia pernah nak melayang ditiup angin, tahun lepas, hahaha~. Lek Azila lek, gurauan semata, tapi betulla ko penah cakap gitu kan? Heh :P

Harini nak buatpe ek? Apa lagi, study la!! Exam tak abih lagik..adoih laa..aku dah tak larat nak compress semua masuk dalam kepala dalam masa yang singkat. Aku nih bukan la jenis baca terus masuk. Nak kene baca bebanyak kali baru bleh. Itu pon, kalo tak revise apa yang dah dibaca, lupa balik..payah la gitu. Pastu tambah lagik 2-3 hari ni aku rasa daya penumpuan aku masa baca buku makin kurang. Sekejap jek aku leh bertahan, dalam tempoh 40 minit hingga sejam, kurang lagik rasanya. Lepas tuh kapla dah start takleh nak konsentret. Kalo dulu tuh bleh la paling lama 90 minit ke, 105 minit ke at most. Ntah arh, mungkin natijah dari selalu tido lambat kot 2-3 hari ni, so even aku tak ngantuk pon masa baca buku, kemungkinan otak aku yang dah letih kot. That's why la..so maknanya apa tuh? Adekah bermakna aku kene tido lepas publish entry nih? Hmm..menarik idea tuh, hoho~

Aku baru call rumah tadik. Abah takdek, balik kampung anta opah balik, atok dah rindu, haha~. So aku cakap ngan mak aku je la. Baru ingat nak mintak mak aku datang sini bawak bubur lambuk di samping bawakkan skali aku punya lesen bawak kereta(ye..aku dah dapat lesen penuh,heh). Skali mak aku tak gi renew lagik. Adoih, jejaka tak berlesen la aku. Haha...tak kisah la...bukannya nak bawak kereta pon kat sini. Well, actually bukan tuh yang aku nak cakap pasal mak aku. Dia tanya aku pasal trial exam nih. Then aku cakap la trial nih tak dikira masuk dalam report yang akan dihantar ke universiti. In fact, takdek report dah nak dihantar ke sana...kan? Entah, aku ade dengar orang kata gitu. Tapi, as I expected..parents aku bukan peduli mende nih trial ke, mock ke, report hantar ke apa ke. Yang diorang tau, asal exam jek, kene score. Exam jek, mesti score. Sejak aku sekolah rendah lagik. Bezanya masa sekolah rendah takdek trial, UPSR je la. Tuh pon memang trial tuh penting. PMR pon, SPM pon. Tapi trial kali nih, bukan la nak kata tak penting. Penting gak coz kalo result ok, kirenye akan motivate la sket diri nih kan. Tapi...huhu...kalo dah takleh nak catch-up, nak cover semua, nak buat camne kan? Buat mana mampu la..in-syaAllah okeh punya.

Eh..adeh, jadik panjang la plak..panjang ke? Entah, korang decide la sendrik panjang ke tak. Ermm...nak buat apa ek skang..study..tido..study..tido...stu..ti..zzZZzzZZz....

No comments: