Thursday 26 February 2004

Dunia yang gila dan semakin gila...


Assalamualaikum...yeah,selamat siang!! Aku baru baca paper arini, so aku akan bagitau maksud tajuk entry aku kali nih...baca nih...

"TUARAN 25 Feb. - Polis menahan dua lelaki berhubung kes merogol dan mencabul dua pelajar perempuan berusia 13 tahun yang bisu dan pekak di sebuah sekolah khas di sini, semalam dan hari ini."

"MUAR 25 Feb. - Polis menahan seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah yang dipercayai meliwat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sebuah surau di Parit Jawa di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Daud Ahmad memberitahu, pelajar berusia 14 tahun itu ditahan di rumahnya pada malam semalam selepas polis menerima aduan daripada bapa mangsa."


So..apa komen korang? Kalo korang tanya aku, straight je aku cakap diorang nih gile laaaaaa!!!! Bodoh,dah takde mende lain yang lebih berfaedah ke nak buat? Quotation yang first tuh...cikgu apa nih rogol student sendri? Bukan ke seorangcikgu tuh patut jadik pembimbing kat student, didik ngan ilmu yang Allah beri pada mereka? Nih tak,perangai lagi teruk dari binatang ade laa...even worse,budak bisu plak yang kene,mentang2 la dia bisu,takleh nak cakap,takleh nak jerit,amik kesempatan plak..

Yang kedua tuh plak..weiii..ko laki arrr....dah la bawah umur..nih apa buat keje tak senonoh niii!!! Budak kecik jugak yang ko tuju..apa yang ko dapat buat mende2 tuh? Dosa jek!! Dah la buat kat surau..menghina sungguh!!

Then cuba korang baca nih plak.."IPOH 25 Feb. - Polis semalam menahan seorang bomoh berusia 68 tahun ketika cuba mendapatkan pendaftaran nikah di Mahkamah Syariah, Pengkalan Hulu dengan seorang gadis bawah umur yang didakwa dirogolnya sehingga mengandung empat bulan."

Nih lagi satu..sedar laadiri tuh dah tua..umur 68 tuh dah masuk umur subsidi,tuh pon nasib baik Allah bagi ko panjang umur lagik. Tapi ade ke ko pikir? Ko bleh tambah dosa lagik dalam usia senja gitu...wanna know what's worse? "...bomoh yang dikatakan mempunyai tiga isteri dan 27 anak itu kini ditahan reman seminggu..."

MenDEee NiiII!!!! Dah ade tiga bini,anak pon dah berpuluh..masih nak buat keje maksiat lagi? Patutnya kene tunjuk contoh yang baik kat anak2,nih tak,dia plak tunjuk mende tak betul....nak jadi apa? Aku pon tatau la berita nih betul ke tak..tapi kalo betul,harapnya laa mereka2 nih sedar diri dan kepada yang baru nak mula buat mende2 bodoh ni..takyah laa...

Aku naik geram dan sedih bila tetiap hari bukak paper...berita camnih la plak yang makin lama makin banyak...kenapa ni? Kadang tuh aku rasa diorang yang aniaya orang lain patut bunuh jek..get rid of them from the face of the earth,takyah bagi peluang hidup,kalo bagi peluang,mungkin diorang akan buat lagi..Tapi mende nih memang takkan sudah..kalo bunuh yang dulu,yang kemudian akan datang lagi,with more surprising news..sampai aku sendrik jadik takut. Kesian aa kat orang2 yang kene..aku mintak moga Allah melindungi diri ini,ahli keluarga aku dan orang2 lain yang blom kene daripada jadik mangsa mereka2 yang tak kenal dosa dan pahala nih... huhuhu....sedih...

Dunia dah semakin gila...manusia makin jauh dri Allah,makin ikut nafsu daripada kata akal dan hati,kalo ikut pon,akal dan hati tuh dah dikuasai oleh nafsu yang bersekongkol ngan syaitan terkutuk..Ya Allah,kami berlindung,dengan kalimah2-Mu,daripada kejahatan makhluk2-Mu ya Allah...






No comments: