Friday 6 February 2004

Syukur


Assalamualaikum korang semua,apa khabar? Aku harap korang semua sihat sejahtera dan sentiasa berada dalam perlindungan dan rahmat Allah selalu,in-syaAllah kite semua begitu..aku alhamdulillah sihat jugak. So kali nih nak tukar genre sket...nak bawak satu kisah...

"Pada satu masa di zaman Nabi Allah Daud a.s,ketika baginda sedang beribadat di tepi sebatang sungai,tetibe baginda ternampak seekor semut yang membawa sehelai daun,seperti sedang menunggu sesuatu.Tiba2 seekor katak muncul dari dalam sungai itu,lantas semut tadi naik ke atas badan katak itu dan kedua2nya menyelam ke dalam sungai tersebut.Setelah beberapa lama,katak tersebut muncul kembali bersama2 semut tadik.Sebelum semut tadik beredar,Nabi Daud a.s bertanya kepadanya,"Wahai semut,aku perhatikan kau membawa daun masuk ke dalam sungai bersama2 katak tadik,bolehkah kau terangkan apakah yang kaulakukan?".Maka semut pun menjawab,"Wahai Nabi Allah,aku telah diperintahkan oleh Tuhanku untuk membawa sehelai daun setiap hari kepada seekor ulat yang hidup di dalam batu di dasar sungai ini"

Baginda bertanya lagi,"Apakah keistimewaan ulat itu sehinggakan Allah memberikan rezeki kepadanya sebegitu?"."Ulat tersebut adalah ulat yang sentiasa berzikir dan beribadat kepada Allah,dan juga selalu bersyukur ke atas segala yang Allah berikan kepadanya dan berbaik sangka terhadap Allah,"jawab sang semut."

Nah,kengkawan sekalian.Lihatlah sendiri betapa Maha Pemurahnya Allah terhadap hamba2-Nya.Dan betapa Allah memuliakan mereka yang sentiasa bersyukur dan berbaik sangka terhadap-Nya.Cube tanya diri kite balik,adekah kite telah bersyukur kepada Allah sepanjang kite hidup harini?Adekah kite berbaik sangka kepada Allah dengan segala apa yang telah diberikan-Nya kepada kita?.Mungkin ramai yang bersyukur,alhamdulillah la kalo gitu,tapi camne plak ngan yang tidak?.Aku bagi contoh laa..aku dapat result teruk haritu,korang pon tau sebab aku dah cite dalam entry yang aritu,betapa downnye aku sebab result aku teruk.Aku hampir2 lagi termasuk dalam golongan orang yang berputus asa.Tapi bila aku pikir2 balik,dok diam2,renung balik apa dah jadi,baru aku sedar,segala apa yang Allah bagi kat aku,ade hikmahnya yang aku taktau.

Ngan teruknya result aku,baru aku sedar betapa aku kene tambahkan lagi usaha aku,bahawa usaha aku tak cukup sebelum nih.Dan ngan keterukan result aku tuh jugak la,aku semacam baru tersedar,yang selama nih sebenarnya aku dah makin jauh dari Allah.Baru aku sedar bahawa sebenarnya Allah sayangkan aku,tuh sebab Allah bagi aku result yang teruk so that aku tambah usaha dan yang penting,aku tak lagi melupakan-Nya,or in other words,aku semakin merapatkan diri kepada-Nya.Katalah result aku okeh aritu,sure skang aku still leka,dan akan jadik makin malas study...sapa tau kan? Sesungguhnya Allah lebih mengetahui akan perkara2 yang ghaib dan yang nyata daripada kita,kerana Allah Maha Bijaksana lagi Maha Luas Pengetahuan-Nya serta Maha Halus Perencanaan-Nya.Dan disebabkan itulah,aku rasa bersyukur sangat2 kepada Allah sebab still bagi aku peluang nak betulkan balik apa yang aku dah salah buat.

"Sesungguhnya apabila tertutup satu pintu kebaikan/kesenangan,maka ade 1000 pintu kesenangan yang lain yang sedia terbuka,namun kadangkala kite terlalu bersedih dan meratap pintu yang telah tertutup tuh sehinggakan kite tak sedar pintu2 lain yang terbuka tuh"

Firman Allah s.w.t,"Maka sesungguhnya di dalam setiap kepayahan itu ada kesenangan.Sesungguhnya di dalam kepayahan itu ada kesenangan"..Surah Al-Insyiraah,ayat 5-6

Oleh itu,kepada korang yang senasib result ngan aku,atau kepada korang yang baru dapat musibah,moh la kita pikir balik..renung balik salah kita sampaikan dapat musibah gitu,dan cuba la perbetulkan kembali.In-syaAllah kalo kite ikhlas nak betulkan niat dan usaha,Allah akan tolong kita,tapi yang penting,jangan skali2 lupa nak hubungkan diri dengan Allah,Pencipta kita,sebab Dia yang menciptakan kita,maka Dia jugalah yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.Aku cakap nih macam aku nih bagus sangat jek,heh,tapi tak kisah la,aku nak sampaikan jugak,aku tak kira,blog aku,aku punya suka la,haha,takdek la,gurau jek,tapi well,kite sebagai manusia kene laa saling mengingati,tak kire la kan,asal ade ilmu,kene la kongsi..so aku sekadar berkongsi pendapat dan ilmu aku yang sedikit yang dikurniakan oleh Allah kepada aku.Segala apa yang aku tulis nih adelah sebagai muhasabah untuk diri aku terutamanya dan kepada korang semua secra umumnya.So aku rasa sampai sini dulu,lenkali plak aku cite mende lain..wassalam..

No comments: