Thursday 19 February 2004

Hijrah dan Akhlak


Assalamualaikum..yaaa...skali lagi aku muncul bersama entry yang sempoi dan jugak takdek apa isi menarik,heh..well,nak buat camne,writing is not my thing,so maafkanlah daku kalo banyak merepek and ayat berterabur and takdek isi,hoho..hmm...baru balik dari surau actually,ade ceramah.On the way balik chalet,lalu basketball court. Aku memang suka lalu situ kalo nak balik chalet lepas isya'. Bukan apa,aku suka tengok keindahan langit malam yang dihiasi ngan bintang2. Bila tenung lelama,tengok segala bintang yang ade,terasa kecil diri ini dan betapa Maha Agung dan Maha Besarnya Allah yang menciptakan sesuatu yang indah camtuh. Terasa tenang hati yang sedang resah ini,huhu. Well,memang betul la kan,aku pernah baca dalam satu majalah nih masa aku kecik2 dulu. Kalo rasa susah hati atau sedang dilanda masalah, dongaklah dan pandanglah ke langit. Lihatlah kejadian langit itu, warnanya, perhiasannya, binaannya yang walaupon tak bertiang tapi tingginya bagaikan takdek batasan. In-syaAllah akan diberikan oleh Allah ketenangan hati yang dicari. Lagi elok kalo dapat berdoa masa tuh, sebab kan Allah juga berada di langit.

So,malam nih ade ceramah lagik. Actually malam nih ade satu lagik program ICAN, tapi untuk dak2 pompuan je la; lailatunnisa'(bleh la kalo nak kata an islamic version of ladies night,heh). Memandangkan penceramah tuh pompuan,so dia datang ngan laki dia,so dia buat ceramah kat Dewan Besor,laki dia plak buat ceramah gak untuk dak2 laki kat surau. Topik basically pasal hijrah and ade gak sket pasal akhlak. Erm, sebut pasal hijrah,Awal Muharram dan nak sampai. Maka in-syaAllah kita akan masuk ke tahun baru dalam kalender Islam. Antara isi ceramah: kenapa Saidina Umar r.a pilih peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w sebagai permulaan tahun dalam kalender Islam. Sebabnya, ia untuk menunjukkan titik tolak pemisahan antara yang hak dan yang batil, di mana Rasulullah s.a.w sanggup berjalan sejauh lebih kurang 300km hanya untuk menyelamatkah akidah dan menyebarkan agama Islam. Ia juga sebagai sesuatu yang kite bleh percaya and fikir secara rasional. Kalo la Saidina Umar r.a amik peristiwa Isra' dan Mi'raj, perkara tuh tak dapat disaksikan oleh orang yang bukan Islam, so takkan nampak signifikannya. Tapi, peristiwa hijrah nih, bleh dibuktikan susahnya perjalanan Rasulullah s.a.w ke Madinah dengan segala macam rintangan dan risiko. So simboliknya di sebalik pemilihan peristiwa hijrah sebagia tanda permulaan tahun baru dalam Islam ialah, setiap kali tahun baru, kite perlu berazam dan berusaha untuk berhijrah-dan sedar risiko, mehnah dan tribulasi(cewahhh!!) yang akan diterima-dari yang tak baik kepada yang baik dan dari baik kepada lebih baik dan dari lebih baik kepada lebih lebih baik dan seterusnya,tak larat la nak tulis sebab mende tuh infiniti,heh..

Then dia sentuh pasal akhlak. Erm, basically pasal kepentingan menjaga akhlak, di mana kejayaan tuh ditentukan ngan akhlak. Well,nak cakap pasal akhlak nih,pernah gak terbaca,dari mana tak ingat, yang menyebut "kejayaan sesuatu kaum itu ditentukan oleh akhlak kaum itu" dan jugak "ditentukan oleh akhlak remaja2nya". And aku memang pernah menyaksikan perkara nih. Masa aku form 1 dulu, aku masuk sekolah agama nih, yang kire terkenal la jugak di zamannya kat Rawang sana, so orang Rawang tau la kot. Sekolah tuh dikatakan terkenal sebab pernah pencapaian akademiknye jadi antara yang tergempak di antara sekolah2 bawah JAIS. Then, pernah gak sorang ustaz aku citer, masa dulu(kire batch before aku), students sekolah tuh semua rajin bangun pagi, gi surau, ngaji dan ibadat yang lain. Akhlak diorang jugak bagus2 semuanya. Tapi aku plek, apsal bila time aku masuk,aku tak pernah dengar pon pasal sekolah nih and pencapaian akademiknye takla sebagus yang disangka. Bila aku perati and bandingkan ngan apa yang ustaz tuh cakap, baru la aku tau kenapa. Student time tu,starting dari form 5-nye sampai la ke form 1-nye, semuanya dah tak sama ngan yang digambarkan pada batch2 terdahulu. Buat perangai, malas bangun subuh dan sebagainya, sampaikan ade yang tak pose pon ade..well,tinggalkan la bab tuh. Ngan akhlak yang agak..aih..ntah arh. Nak dijadikan citer, memang prestasi sekolah tuh jatuh arh. Nak tunjukkan kat sini betapa kejayaan tuh bukanlah sekadar belajar gigih,ngadap buku dan lain2, tapi jugak ade kaitan ngan akhlak serta hubungan seseorang tuh ngan Allah. Kalo baik akhlak dan hubungan,baiklah sudahnya. Kalo tak baik,maka tak baik la kesudahannya. Aku cakap nih cam aku nih bagus sangat jek,well,kan aku dah kata tadik,sampai ke form 1-nye perangai tah pape,termasuk la aku,huhuhu...

That's why dalam hadis2 Rasulullah s.a.w banyak sebut pasal pemuda2,contohnya "antara golongan yang akan mendapat naungan Allah di akhirat kelak ialah PEMUDA yang hatinya terpaut pada masjid,PEMUDA yang apabila dipanggil oleh perempuan untuk melakukan maksiat,dia berpaling dan mengatakan "Aku takut pada Allah", PEMUDA yang bertemu dan berpisah kerana Allah..(atau spertimana yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w)". Then Rasulullah s.a.w jugak pernah bersabda yang lebih kurang gini la bunyinya,"Kalau kamu ingin melihat masa depan sesebuah negara,maka perhatikanlah pemuda pemudinya". Heh,kan dah terbukti tuh betapa remaja nih sangat penting,dan yang lebih penting lagi ialah menjaga akhlak remaja supaya tak menyeleweng. So, memang takleh kata apa dah arr..moh la kite sesama jaga akhlak supaya rahmat Allah tuh sentiasa dilimpahi ke atas kite.

Skang nih aku memang cukup risau ngan perangai dak kolej nih yang cam,tak nampak ramai yang nak gi surau solat jemaah. Ye la,aku pon selalu gak tak pegi,but then takdek la sebab aku taknak pegi. Then melalui citer2 yang aku dengar dari member2, aku risau sangat pasal sekolah aku,pasal dak2 sekolah aku. Riso kalo diorang jatuh sebab akhlak diorang.

Sebut pasal akhlak ngan guru plak, tak kisah la sapa cikgu kite, Islam ke tak ke,kite memang kene hormat la kan. Siapa ke sorang tokoh Islam nih aku tak ingat namanya yang hormat kat seorang Yahudi nih hanya sebab dia ajar tokoh nih camne nak kenal anjing jantan atau betina(kalo tak salah aku la). The point is, kene la hormat cikgu tuh walaupon kite tak suka kan. Takyah la nak tunjukkan rasa tak suka kite kat cikgu tuh,simpan jek dah la. Nak taknak,ilmu yang ade pada dia jugak yang kita nak amik skang nih. Jangan la suka tak datang klas ke apa ke, sebab ikut kata hati yang memang malas nak pegi. Bukan rugi pon kalo pegi kan,daripada buang masa. Hati cikgu nak kene jaga, sebab keberkatan dari ilmu tuh yang kita nak. Kalo cikgu tuh tak redha or sakit hati kat kita, camne nak dapat result yang bagus? Camne nak excel dalam pelajaran? Pastu bila keputusan teruk, cikgu tuh jugak disalahkan, taktau ngajar la, meleret la etc. Padahal kalo direnung bebetul,salahnya tuh datang dari sapa? So, mintak la sangat kite pikir mende nih sesama. Skali lagi, aku bukan la seorang yang bagus dalam bab2 menegur nih,sebab aku pon ade jugak buat salah yang sama. Kalo aku tak buat apa yang aku dah tulis nih,korang tegur la aku ye? Dah,nak study,heh...wassalam..

No comments: